Friday 26 August 2011

TARIAN CIK SITI WAU BULAN




Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan persembahan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta dan mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat di sana.
Dahulu tarian ini mengisahkan cara anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kegembiraan dan kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan. Tarian Cik Siti Wau Bulan ini diiringi oleh lagu Cik Siti Wau Bulan dan muzik iringan yang terdiri daripada serunai, rebab, endang, gong, kesi dan lain-lain lagi.

Wednesday 24 August 2011

TARIAN MAK YONG

mak_yong





Mak Yong adalah seni teater tradisional masyarakat Melayu yang sampai sekarang masih digemari. Pada zaman dulu, pertunjukan mak yong diadakan oleh orang desa di pematang sawah selesai panen padi.
Dramatari mak yong dipertunjukkan di Terengganu, Pattani, Kelantan dan Kedah. Selain itu, mak yong juga dipentaskan di Kepulauan Riau, Indonesia. Di kepulauan Riau, mak yong dibawakan penari yang memakai topeng, berbeza dengan di Malaysia yang tanpa topeng.
Pertunjukan mak yong dibawakan kelompok penari dan pemusik profesional yang menggabungkan berbagai unsur upacara keagamaan, sandiwara, tari, musik dengan vokal atau instrumental, dan naskah yang sederhana. Tokoh utama pria dan wanita keduanya dibawakan oleh penari wanita. Tokoh-tokoh lain yang muncul dalam cerita misalnya pelawak, dewa, jin, pegawai istana, dan binatang. Pertunjukan mak yong diiringi alat musik seperti rebab, gendang dan tetawak.



KUMPULAN MUZIK MAK YONG
1. Tawak atau Gong
Tawak ibu, yang lebih besar daripada lawak anak, diperbuat daripada lembaga. Bunyian tawak ibu lebih rendah daripada bunyian lawak anak. Kedua-duanya digantung dan dipisahkan oleh dua batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat daripada kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.
2. Gendang Ibu dan Gendang Anak
Kedua-duanya berbeza dari segi saiz dan bunyi. Muka besar ditutup dengan belulang lembu manakala muka kecil ditutup dengan kulit kambing.
3. Canang
Canang anak dan ibu diperbuat daripada lembaga. Perbezaan antara dua canang ini akan hanya dapat dikesan melalui bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut.
4. Kesi
Kesi mempunyai dua bahagian, piring dan kicah (empat piring dan dua kicah) yang diperbuat daripada besi.
5. Serunai
Serunai mempunyai empat bahagian, iaitu pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian ini boleh dipisahkan.
6. Rebab
Rebab mempunyai tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu.Pada dada (muka) di penjuru kiri terdapat satu lubang seluas satu inci dan ditutup dengan penutup. Fungsinya ialah untuk mengimbangkan tekanan udara dalam dan luar. Balangnya diperbuat daripada kayu nangka atau sira. Pada masa dahulu tali rebab diperbuat daripada benang besar dan kemudian menggunakan benang kasar. Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi.

Tuesday 23 August 2011

TARIAN DATUN JULUD

Tarian dari Sarawak ini adalah ditarikan secara berseorangan dan berkumpulan. Ia merupakan tarian daripada suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur.
Tarian ini dipercayai telah dicipta oleh seorang raja Suku Dayak Kenyah di Apo Kayan (Dataran Kayan ) yang bernama Nyik Selung sebagai tanda kegembiraan dan rasa syukur kepada dewa atas kelahiran cucunya. Tarian ini kemudiannya berkembang ke segenap daerah suku Dayak Kenyih. 


ALAT-ALAT MUZIK
Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah sape iaitu sejenis alat muzik yang bertali.



CARA-CARA PERSEMBAHAN
Dalam tarian ini bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai perhiasan. Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.


Friday 5 August 2011

TARIAN CECACAP INAI

Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya di Johor.
Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian.

CARA-CARA PERSEMBAHAN
Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah atau ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari' atau Pengantin.
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 hingga 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

Tuesday 2 August 2011

TARIAN GAMELAN

tarian_gamelan
Tarian Gamelan adalah sebuah tarian diraja dan pada asalnya bermain semasa kesultanan Riau-Lingga dan kemudiannya dibawa kepada hartanah Melayu oleh Sultan negeri Ahmad daripada Pahang. Ia kemudian diperkenalkan kepada kerajaan Terengganu apabila Tengku Meriam, anak perempuan Sultan Ahmad bersuamikan  putera itu Sultan Zainal Abidin II di Terengganu. Ia dikatakan Tarian Gamelan itu telah sekaligus 39 tarian-tarian berbeza di mana sebahagian daripada ini dicipta oleh Tengku Ampuan Meriam sendiri daripada cerita-cerita yang beliau telah dengar dari pencerita-pencerita.


PAKAIAN DAN ALAT-ALAT MUZIK

Lapan wanita semua dalam pakaian sutera berwarna-warni akan bertemankan beberapa alat muzik seperti serunai, gambang, saron, bonang, kenong, gendang ibu dan gendang anak membuat persembahan cerita.
Muzik gamelan Melayu biasanya dimainkan semasa diraja dan kesempatan rasmi dan yang penghibur adalah dilatih khusus dalam istana-istana diraja. Antara bunyi-bunyian bermain ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron saya , dan Saron Baron II, Gambang and Kenong.